Post by Hoax-Slayer.
Sabtu, 26 Oktober 2013
2 ditahan cuba seludup keluar 876 ayam proses
Dalam rampasan pukul 10.30 pagi itu, pasukan tersebut turut merampas 253 kotak hati ayam dan itik juga telah siap diproses yang kesemuanya diisi di dalam 40 guni plastik putih.
Komander UPP negeri, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, lori itu ditahan untuk pemeriksaan di Kilometer 24, Ulu Pauh ke Padang Besar.
"Hasil pemeriksaan menemukan ayam serta hati ayam dan itik yang siap diproses. Meskipun di luar kotak tertera logo halal tetapi kita mengesyaki haiwan itu tidak disembelih mengikut syarak.
Jumaat, 25 Oktober 2013
E631 - Disodium inosinate
Daripada Wikipedia:
Dinatrium inosinate (E631) adalah garam dinatrium daripada asid inosinic dengan formula kimia C10H11N4Na2O8P. Ia digunakan sebagai bahan tambahan makanan dan sering dijumpai dalam mi segera, kentang goreng, dan pelbagai makanan ringan lain.
Disodium inosinate (E631) is the disodium salt of inosinic acid with the chemical formula C10H11N4Na2O8P.It is used as a food additive and often found in instant noodles, potato chips, and a variety of other snacks.
Sumber-sumber mungkin berasal daripada salah satu daripada
- Ikan (sardin)
- Ubi Kayu
- Babi
- Ekstrat daripada penapaian yis (hasil sampingan pembuatan arak)
Jika penyediaan E631 ini daripada perkara (1) dan (2), maka E631 adalah halal, manakala jika bersumberkan (3) atau (4), sudah semestinya haram.
Rujukan
- Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Disodium_inosinate
- Food-Indo http://www.food-info.net/uk/e/e631.htm
- Answer.com: http://wiki.answers.com/Q/What_is_E631
Biskut Beras TenTen
Makanan Diragui Tahap Halal.
Semalam, saya membeli-belah di sebuah pasaraya, banyak stok biskut ini ditawarkan untuk dijual kepada pengguna. Oleh kerana saya biasa melihat Biskut Beras BinBin, yang diwar-warkan tidak halal, jadi saya melihat senarai bahan-bahan. E631 - Disodium inosinate, adalah salah satu bahan yang dipaparkan.
Oleh kerana E631 boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber (lihat di sini), iaitu boleh jadi haram atau halal, kalau boleh sila elakkan makanan ini. Saya menyatakan demikian kerana produk ini tiada pengesahan halal daripada pihak berwajib seperti JAKIM atau mana-mana badan berautoriti.
Maklumbalas JAKIM
Penafian JAKIM mengenai status Halal McDonalds, Starbucks dan lain-lain yang rancang berlegar di laman-laman sosial.
Sila klik di sini untuk maklumat penuh.
Langgan:
Catatan (Atom)