Selasa, 30 September 2014

Starbuck HARAM!!!

Isu haram sentiasa bermain dalam masyarakat kita. Namun apakah kesahihan berita atau khabar yang berlegar itu. Namum, sebelum mendapat kepastian apa yang perlu kita buat ialah hentikan dahulu sebarang penggunaan bahan yang dikatakan haram tersebut sehinggalah mendapat kepastian sama ada betul-betul harap atau sebaliknya.

Isu Kopi Starbuck haram mula berlegar dalam media sosial sejak beberapa bulan laju dan saya sendiri ada menerima satu pesanan segera melalui aplikasi WhatsApp.

Petikan Skrin Aplikasi WhatsApp

Jadi sebelum meletakkan sebarang keputusan, saya membuat semakan dengan pihak-pihak berautoriti dalam hal ini iaitu JAKIM, dan melalui laman web Halal Malaysia, terdapat aduan daripada pihak Starbuck mengenai perkara ini. Dan, JAKIM telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan khabar angin dalam media sosial tersebut.

Petikan skrin dari Halal Malaysia @ 30 Sept 2014

Namun dalam kenyataan media tersebut, JAKIM tidak menjelaskan sama ada halal atau tidak, ia cuma menafikan bahawa JAKIM mengeluarkan kenyataan yang berlegar di dalam media sosial.

Kesimpulan

JAKIM menafikan mengeluarkan kenyataan kopi Starbuck haram tetapi tidak menjelaskan sama ada ia halal atau tidak kerana sijil halal Starbuck telah tamat pada 31 Julai 2012 (Kenyataan Media) Dalam web Halal Malaysia, carian mendapati perakuan halal Starbuck tamat pada 31/01/2016, 30/06/2016, dan 31/08/2016 (pada 30/09/2014). Jadi pengguna dinasihatkan berhati-hati.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Instant Noodle Wax Hoax

2 ditahan cuba seludup keluar 876 ayam proses


Pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Penyelidikan Halal dan Hab Halal Jabatan Agama Islam Perlis, Dharulkhizan Mohamad (kanan) menunjukkan bahagian leher ayam tidak dipotong mengikut cara Islam kepada Zakaria Abd. Rahman (kiri) sambil dibantu Komander UPP Chuping, Asisten Supritendan, Syed Basri Syed Ali di Kompleks UPP Chuping, Padang Besar, Perlis, kelmarin.
 
PADANG BESAR 24 Okt. - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping merampas 146 kotak berisi 876 ekor ayam siap diproses yang cuba diseludup ke negara jiran setelah menahan sebuah lori muatan lima tan di Ulu Pauh, Arau dekat sini kelmarin.

Dalam rampasan pukul 10.30 pagi itu, pasukan tersebut turut merampas 253 kotak hati ayam dan itik juga telah siap diproses yang kesemuanya diisi di dalam 40 guni plastik putih.

Komander UPP negeri, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, lori itu ditahan untuk pemeriksaan di Kilometer 24, Ulu Pauh ke Padang Besar.

"Hasil pemeriksaan menemukan ayam serta hati ayam dan itik yang siap diproses. Meskipun di luar kotak tertera logo halal tetapi kita mengesyaki haiwan itu tidak disembelih mengikut syarak.

Jumaat, 25 Oktober 2013

E631 - Disodium inosinate

Daripada Wikipedia:

Dinatrium inosinate (E631) adalah garam dinatrium daripada asid inosinic dengan formula kimia  C10H11N4Na2O8P. Ia digunakan sebagai bahan tambahan makanan dan sering dijumpai dalam mi segera, kentang goreng, dan pelbagai makanan ringan lain.

Disodium inosinate (E631) is the disodium salt of inosinic acid with the chemical formula  C10H11N4Na2O8P.It is used as a food additive and often found in instant noodles, potato chips, and a variety of other snacks.

Sumber-sumber mungkin berasal daripada salah satu daripada

  1. Ikan (sardin)
  2. Ubi Kayu
  3. Babi
  4. Ekstrat daripada penapaian yis (hasil sampingan pembuatan arak)
Jika penyediaan E631 ini daripada perkara (1) dan (2), maka E631 adalah halal, manakala jika bersumberkan (3) atau (4), sudah semestinya haram.


Rujukan

Biskut Beras TenTen

Makanan Diragui Tahap Halal.

Semalam, saya membeli-belah di sebuah pasaraya, banyak stok biskut ini ditawarkan untuk dijual kepada pengguna. Oleh kerana saya biasa melihat Biskut Beras BinBin, yang diwar-warkan tidak halal, jadi saya melihat senarai bahan-bahan. E631 - Disodium inosinate, adalah salah satu bahan yang dipaparkan.


Oleh kerana E631 boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber (lihat di sini), iaitu boleh jadi haram atau halal, kalau boleh sila elakkan makanan ini. Saya menyatakan demikian kerana produk ini tiada pengesahan halal daripada pihak berwajib seperti JAKIM atau mana-mana badan berautoriti.

Maklumbalas JAKIM

Penafian JAKIM mengenai status Halal McDonalds, Starbucks dan lain-lain yang rancang berlegar di laman-laman sosial.

Sila klik di sini untuk maklumat penuh.