Selasa, 30 September 2014

Starbuck HARAM!!!

Isu haram sentiasa bermain dalam masyarakat kita. Namun apakah kesahihan berita atau khabar yang berlegar itu. Namum, sebelum mendapat kepastian apa yang perlu kita buat ialah hentikan dahulu sebarang penggunaan bahan yang dikatakan haram tersebut sehinggalah mendapat kepastian sama ada betul-betul harap atau sebaliknya.

Isu Kopi Starbuck haram mula berlegar dalam media sosial sejak beberapa bulan laju dan saya sendiri ada menerima satu pesanan segera melalui aplikasi WhatsApp.

Petikan Skrin Aplikasi WhatsApp

Jadi sebelum meletakkan sebarang keputusan, saya membuat semakan dengan pihak-pihak berautoriti dalam hal ini iaitu JAKIM, dan melalui laman web Halal Malaysia, terdapat aduan daripada pihak Starbuck mengenai perkara ini. Dan, JAKIM telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan khabar angin dalam media sosial tersebut.

Petikan skrin dari Halal Malaysia @ 30 Sept 2014

Namun dalam kenyataan media tersebut, JAKIM tidak menjelaskan sama ada halal atau tidak, ia cuma menafikan bahawa JAKIM mengeluarkan kenyataan yang berlegar di dalam media sosial.

Kesimpulan

JAKIM menafikan mengeluarkan kenyataan kopi Starbuck haram tetapi tidak menjelaskan sama ada ia halal atau tidak kerana sijil halal Starbuck telah tamat pada 31 Julai 2012 (Kenyataan Media) Dalam web Halal Malaysia, carian mendapati perakuan halal Starbuck tamat pada 31/01/2016, 30/06/2016, dan 31/08/2016 (pada 30/09/2014). Jadi pengguna dinasihatkan berhati-hati.